Sunday, September 14, 2008

Abstrack - Memoir Beribu Batu Nautica Part 1


Dato Cpt.Rahim ditengah berinteraksi secara casual dan mudah mesra bersama penulis dan teman-teman seangkatan.

Mengenali Ketua Kita.

Yg.Bhg.Dato Kapten Hj.Abd.Rahim bin Abd.Aziz.
D.S.P.N,P.K (ATM),D.P.T.J,A,M.P(Prk),P.K.T(Sel)


Zaman Persekolahan (1962-1973)

Bagi Putra-Putra MHS yang menuntut disekitar tahun-tahun akhir 60’an dan awal 70’an nama School Captain Abd.Rahim Abd.Aziz (PUTRA MHS 1967-73)
memang tidak asing lagi.

Keserlahan bakatnya dalam kepimpinan dan jati diri dipupok dari rumah oleh ayahanda beliau,Allahyarham Cikgu Abd.Aziz Mahadi,salah seorang guru Bahasa Melayu yang bertugas di Sekolah Menengah Gajah Berang disekitar tahun-tahun 60’an hinggalah ia kembali ke rahmatullah disekitar tahun 1980’an.

Pencapaian academic beliau amat terserlah dengan mendapat Grade I didalam peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE) pada tahun 1972.
Perlu diingatkan bahawa pencapaian anak-anak Melayu di dalam kelas jurusan Sains di sekitar tahun-tahun 60’an dan 70’an amat kecil jika dibandingkan dengan anak-anak bangsa Tionghua dan India.
Bagi junior-junior , pencapaian akedemic beliau bukan hanya membuka ruang minda kami untuk mencontohi beliau,tetapi dengan daya tarikan serta personality beliau yang senang beramah mesra dan balingan senyuman yang manis membuatkan kami tertarik serta memandang tinggi akan hemah keperibadian beliau.
Dalam kesibukan mengejar paper qualification didalam masyarakat yang boleh dikatakan ‘exam orientated society’ beliau masih boleh bergiat cergas didalam aktiviti diluar bilik darjah(co-co) .Antara aktiviti co-co beliau di sekolah ialah

1. Pasokan Pancaragam Kadet Sekolah.

Diawal tahun-tahuin 70’an Pasokan Pancaragam Kadet MHS melalui suatu transformasi besar dalam segi persembahan , peralatan dan pernampilan sebagai sebuah pasukan pancaragam yang dinamis serta berdaya saing,sama setanding dengan pasokan-pasokan pancaragam dari sekolah-sekolah lain saperti Sek.Men.Pay Fong atau sekiranya diluar Melaka saperti sekolah-sekolah St.John Institution atau Victoria Institution..
Buat pertama kalinya dibumi Melaka dibawah pengawasan Pengetua dinamis, Mr.K.Anandarajan,beliau memperkenalkan alat-alat brass saperti Saxphone,Clarinet,Trombone,Bag Pipe,serta pakaian seragam Pasukan Pancaragam Kadet yang lebih segak dan bergaya jikalau dibandingkan dengan formasi lama yang hanya berbekalkan dengan serunai (flute) dan bugle serta barisan paluan drum dan bass drum.malah uniform seragamnya juga , boleh dikatakan ketinggalan zaman.

School Captain Abd.Rahim, diamanahkan oleh pihak sekolah untuk memimpin Pancaragam Kadet Bersatu MHS dengan transformasi yang lebih segak,gah dan harmoni yang sepadu.
Berpangkatkan Sargeant Drum Major,beliau dengan yakin memimpin suatu pasokan pancaragam kadet yang bersepadu dalam jangka masa transformasi yang singkat.
Berkat tekun dan usaha pancaragam Kadet dibawah kelolaan dan pimpinan beliau,telah berjaya merubah dan merupakan ‘trend settor’kepada sekolah-sekolah di sekitar Melaka.Ini dapat dibuktikan melalui ucapan Allahyaryarham Tan Sri Hamzah Abu Samah selaku tetamu Khas di Majlis Sukan Tahunan Sekolah 1972 yang diadakan secara gemilang di stadium Kubu Melaka.
Antara lain dalam ucapan pembukaan beliau,memuji akan kesepaduan harmonis pasukan Pancaragam Kadet Bersatu MHS dibawah pimpinan Sargent Major Abd.Rahim , menurut beliau ianya setanding dengan Pasukan Pancaragam Polis DiRaja Malaysia pada waktu itu.Tepokan gemuroh membanjiri stadium diatas komen yang diberi oleh Menteri Kebudayaan ,Belia dan Sukan pada waktu itu.

2. Sukan

Beliau mewakili sekolah di peringkat negeri didalam sukan badminton.Barang di ingat sukan badminton pada waktu itu merupakan sukan ‘nation passion’.
Hangat kemenangan Piala Thomas 1967 diJakarta oleh pasukan Negara membanjiri pembukaan gelanggang-gelanggang badminton disetiap pelusok cerok desa pada waktu tersebut maka tidak ketinggalan juga boleh dikatakan Captain kita juga terpengaroh dengan kejagohan Ng.Boon Bee dan Tan Aik Kuang serta Tan Ah Mong dalam permainan badmintonnya.
Malah badminton merupakan sukan bagi keluarga beliau.
Kesemua ahli keluarga beliau terlibat secara langsong didalam sukan badminton.

Anak sulong dari 7 beradik ini ,kelahiran Kg.Air Barok,Jasin Melaka dilahir pada
24hb.Disember 1954.Persekolah pertamanya ialah Jasin English School(JES) sehingga Darjah 3 dan seterusnya ke Bandar Hilir English School(BHES) melangkah ke peringkat menengah di Malacca High School sehingga Tingkatan 6 Atas Sains.
Dilantik menjadi pengawas sekolah sewaktu beliau ditingkatan 4.
Seterus dilantik menjadi Setiausaha Badan Pengawas Sekolah di Tingkatan 5 dan di lantik sepenohnya menjadi Ketua Pengawas Sekolah apabila beliau lulus peperikasaan Malaysian Certificate of Education dengan cemerlang dan melangkah ke peringkat Pre-University.
Sewaktu di Tingkatan 6,beliau dianugerahkan biasiswa Bank Negara Malaysia sejumlah yang besar pada waktu itu dan agak lumayan bagi seorang teruna yang berpotensi.
Namun,cinta pertamanya untuk menjadi seorang akuantan bertauliah bertukar apabila beliau ditawarkan biasiswa Lembaga Pelabohan Kelang untuk melanjutkan pelajaran diPakistan Naval Acedemy didalam bidang Marine Navigation.
Bak kata perpatah Cina,’the first giant steps towards life acheviement begins with a single step”.
Kerjayanya sebagai nakhoda kapal bermula dan tiada ‘de-tour’ sehingga kini.

Kerjaya Bermula.(1973-1983)

Dari situlah cintanya kepada laut bermula.Tamat di Pakistan Naval Acedemy dengan Kepujian,beliau ditauliahkan menjadi 2nd Officer di Lal,Bahadur,Sharstri dari Nautical College,Bombay India pada tahun 1978.Seterusnya sewaktu masih bertugas dengan syarikat perkapalan nasional (MISC) beliau melanjutkan pelajaran nya diRoyal Melborne Institute of Technology,Australia dan ditauliahkan sebagai 1st.Officer (FG) pada tahun 1980 dan menerima scroll penoh sebagai Master of the Sea beliau dari Institusi yang sama pada tahun 1983.

KELAYAKAN/QUALIFICATION

(a) 1999 – Kursus Pra Jawatan Utama Sektor Awam (PRA JUSA)/SENIOR CIVIL SERVANT

(b) 1998 - MBA, OHIO University, USA

(c) 1988 - Post Graduate Diploma, Port & Shipping Management,
International Maritime Transport Academy, Holland

(d) 1987 - Class A, Pilotage, Port Klang, Malaysia

(e) 1983 - Master (FG) Royal Melbourne Institute of Technology, Melbourne, Australia

(f) 1980 - 1st Officer (FG), Royal Melbourne Institute of Technology,
Melbourne, Australia

(g) 1978 - 2nd Officer (FG) Lal, Bahadur Shastri
Nautical College, Bombay, India

(h) 1974 - Extra 1st Class Pre Sea Studies, Pakistan Marine Academy
Karachi, Pakistan

bersambung....Part 2'The Love for the Sea and Love the beloved Nation.'

No comments: