Wednesday, September 28, 2011

AL.Fatiha.Almarhum Tuan Hj.Jalius Hj.Pakeh (22hb.Jauari 1933 -23th.September 2011)Jam 2.30 pagi.



Al.Fatiha.
Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak serta kaum keluarga yang tanpa mengenal jerih dan letih menguruskan dengan baik jenazah almarhum ayahanda tercinta kami Almarhum Hj.Jalius Hj.Pakeh yang telah pergi menghadap pemiliknya pada tanggal Jummat 25 Shawal 1411 Hijrah bersamaan dengan 23th.September 2011.

Kami sekeluarga merakamkan setinggi tinggi perhargaan kepada pihak-pihak yang terlibat :


1.Semua Jururawat dan Jururawat pelatih tanpa penat lelah menguruskan dengan baik sehingga almarhum mengembuskan nafasnya yang terakhir yang bertugas diTingkat 3 Wad 4 (Lelaki)Hospital Besar Melaka dibawah kendalian Dr-Dr.yang terlatih.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Farah Malinda Kamal Fatimi yang bertugas dimalam almarhum mengembus nafasnya yang terakhir dan disamping nya sehingga akhir dan juga semua staf nurse yang berada disisi almarhum disaat -saat akhir almarhum menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.


2.Pakar-Pakar Wad Trauma Hospital Besar Melaka yang memberikan pandangan yang bernas dan pengendalian kecemasan dengan teratur dan proffessional pada hari almarhum dikejarkan kehospital bagi rawatan rapi.


3.Ahli-ahli Jemaah Kariah Mesjid Bandar Hilir Melaka diketuai olah Tuan Iman Hj Shuib serta Bilal serta Tuan Hj.Yusof (Noja) bukan hanya merupakan Imam bagi kariah Bandar Hilil tetapi juga merupkan teman rapat dengan almarhum ayahanda sejak kecil yang tanpa henti bermula drp.pengendalian.memandikan jenazah sehingga mengimani sholat jenazah sehingga pengurusan jenazah keliang lahat.


4.Ahli-ahli Jemaah Kariah Mesjid Bukit Cina Melaka dipimpin oleh Tuan Iman Hj.Ishak Hj.Marzuki serta Dato Sidang Tuan Hj.Kasmuri diatas pengurusan pengembumian ditanah Perkuburan Islam Bukit Cina.Melaka.


5.Sanak saudara,terutama keluarga diJarkata yang memberikan perhatian keperhatian tidak terhingga sewaktu almarhum masih hidup sehingga disaat pemergiannya.


6.Ahli-ahli keluarga diMelaka yang tidak putus-putus memberi sokongan moral keatas almarhum sewaktu hidup sehingga disaat saat akhir hidupnya.


7.Penghargaan yang tidak terhingga kepada Yg.Bhg.Dato Dr.Hj Baba Dani diatas rawatan lawatan kerumah (House Call) secara sukarela serta nasihat-nasihatnya.

8.Yg.Bhg.Dato Hj.Mohd.Yassin Sharif selaku teman sekerja almahum serta rakan akrab yang telah mengetuai jemaah membacakan tahlil sebelum jenazah dimandikan.

9.Yg.Bhg.Tuan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Tuan Dr.Ghazali Othman sebagai Pemerhati semasa almarhum mendapatkan rawatan diGH Melaka.

10.Jemaah Kariah Surau Sri Petaling,Jln.Perlak,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur dengan jayanya telah membacakan Surah Yassin dimalam Jummat tersebut disaat-sat malam terakhir almarhum .

11.Jemaah Nashbandi Haqqani dibawah pimpinan Sheikh Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah,Tuanku Sultan Perak kerana telah sudi membacakan dan mendoakan kemudahan perjalanan terakhir almarhum dimalam Jumaat tersebut di Al Zawiyah,28,Jln.Setaibudi,Bukit Damansara Kuala Lumpur.

12.Para-para hadirin diMesjid Kariah Bandar Hilir yang telah sudi menyempurnakan sholatan Jenazah selepas sholat Jumaat.

13.Rakan Taulan Putra/Putri Malacca High School diatas keperihatian serta ucapan yang menenangkan keadaan.

14.Staff CIMB Cawangan Jln.Hang Tuah.Melaka yang sudi meluangkan masa dihari pengebumian.

15.Rakan taulan almarhum yang tanpa kenal jerih letih menemani almarhum disepanjang perkenalan almarhum sewaktu hidup sehingga keakhir hayat.

16.Rakan-Rakan sepejuangan Almarhum yang bertugas dii Pejabat RISDA Negeri Melaka sejak tahun 1953 sehingga almarhum bersara ditahun 1993.

Serta semua sanak saudara, panjang list jika mahu disebutkan disini.
Terima Kasih yang tidak terhingga diatas pertolongan serta bantuan kalian salurankan diwaktu mengendalian jenezah almarhum.
Saya sebagai Ketua keluarga almarhum Hj.Jalius Hj.Pakeh mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Dato/Datin Tuan/Puan dapat meyuahkan masa menghadiri atau dari jauh telah mendekahkan Ayatul Fatiha kepada almarhum.
Budi kalian hanya allah sahaja yang dapat membalasnya.

Saya sudahi,kiranya almarhum sewaktu hayatnya terkasar bahasa atau telah melakukan sebarang kekilafan keatas mana-mana individu ,saya memohon agar Dato/Datin,Tuan/Puan memaafkannya.
Sekiranaya ada sebarang hutang piutang dan ingin menuntutnya Dato/Datiin,Tuan/Puan olehlah menuntut kepada saya selaku waris dan anak yang tertua dalam keluarga dan akan melunaskan nya insyallah.

Almarhum meninggalkan seorang balu,Puan Ramlah Abdullah @Janet,serta 4 orang anak 3 drp.nya perempuan dan 5 org.cucu.Sewaktu hidupnya amat berusaha dan penyanyang orangnya terhadap keluarga dan amat amat aktif dalam bidang sukan sejak drp.zaman bujang nya sehingga keakhir hayat.

Saya sudahi dengan wabillah hi taufiq wasalamualaikum warahmatulullah.

2 comments:

Anonymous said...

ads classified classifieddownload blog blog blog blog SEO SEO Earn Money Online

Anonymous said...

[url=http://www.onlinecasinos.gd]online casino[/url], also known as minutia property casinos or Internet casinos, are online versions of celebrated ("confrere and mortar") casinos. Online casinos promotion gamblers to pretentiousness and wager on casino games lifestyle the Internet.
Online casinos habitually submit on the vend odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos contend higher payback percentages as a peacefulness in requital for prime crack gismo games, and some persuade known payout enamour audits on their websites. Assuming that the online casino is using an fittingly programmed unsystematic auditorium troupe generator, proffer games like blackjack be blessed an established borderline edge. The payout counterpart on account of without considering these games are established at affable the rules of the game.
Uncounted online casinos be stricken down with or produce hither their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Ecumenical Bump into rendezvous with with Technology and CryptoLogic Inc.